Jumaat, 20 Julai 2012

ALATAN PENGUKURAN ELEKTRONIK

ASSALAMUALAIKUM....&.... SELAMAT SEJAHTERA.....
Hye korang!! Okey tuk entri yang pertama nie aty nk share gan korang pasal “ALAT PENGUKURAN ELEKTRONIK”.....


MULTIMETER
Meter pelbagai atau multimeter adalah satu alat yang amat berguna dalam kerja-kerja elektrik dan elektronik seperti mengukur bacaan voltan arus terus (AT), voltan arus ulangalik (AU), mengukur nilai rintangan dan juga mengukur arus di dalam sesuatu litar Ia juga digunakan untuk tujuan pengukuran dan pengujian sesuatu alat atau komponen. Terdapat 2 jenis multimeter iaitu multimeter digital dan analog.



Jenis Digital
Jenis ini adalah amat sesuai digunakan untuk memperolehi bacaan yang tepat kerana ianya dalam bentuk digital atau berdigit yng dipamerkan pada skrin. Bacaan yang diperolehi adalah  setepat bacaan sebenar.



Jenis analog
Jenis ini adalah banyak sekali digunakan tetapi bacaan yang diperolehi kurang tepat kerana ianya adalah bergantung kepada kemahiran seseorang itu mengendalikannya. Kemahiran dalam menentukan bacaan dan cara memegang amat penting kerana semua ini akan mempengaruhi bacaan yang diperolehi.



CARA MENGUKUR PADA MULTIMETER
Meter pelbagai mempunyai pelbagai fungsi yang tersendiri untuk mengukur dan membuat pengujian terhadap komponen atau peralatan. Antaranya adalah:-
a. Menyukat nilai rintangan (Ω)
b. Menyukat voltan arus terus ( DCV)
c. Menyukat voltan arus ulangalik (ACV)
d. Menyukat arus terus (DCmA)


FUNCTION GENERATOR
Function generators merupakan salah satu peralatan penjana gelombang yang umum. Peralatan ini digunakan secara meluas bagi mendapatkan bentuk-bentuk gelombang yang diperlukan untuk kerja-kerja pengujian. Function generator berupaya membekalkan gelombang seperti gelombang segiempat (square waves), gelombang segitiga (triangle wave) dan juga gelombang sinus (sine waves).



OSILOSKOP
Osiloskop adalah alat uji terpenting yang digunakan didalam bengkel elektronik. Ia digunakan sebagai penayang bentuk gelombang voltan elektrik. Bentuk gelombang ini ditayangkan pada permukaan skrin tiub pancaran katod. Rekaan tiub yang digunakan adalah seperti tiub gambar televisyen , tetapi system pemesongannya berlainan sedikit daripada tiub gambar televisyen kerana osiloskop menggunakan system pesongan elektrostatik , manakala tiub gambar televisyen menggunakan sistem pesongan elektromagnet.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan